Pengurusan Sumber Manusia yang menjurus
kepada kesiagaan kuasa tempur yang inklusif juga memerlukan kefahaman mengenai jurang
generasi (generation gaps) yang wujud
di dalam TD. Jurang generasi memberi makna wujudnya perbezaan dari segi sikap,
nilai, tingkah laku dan jangkaan di kalangan generasi dalam pelbagai aspek
kehidupan akibat perbezaan usia. Secara tidak langsung, keperbezaan ini
menyebabkan sistem pengurusan SM (sistem motivasi/pengiktirafan) menjadi tidak stereotype.
Kajian-kajian yang
dilaksanakan oleh ahli psikologi dan sosiologi mendapati generasi yang berbeza
mempunyai pandangan, jangkaan, cara pendekatan yang berbeza dalam pelbagai
perkara. Keadaan ini terjadi apabila berlakunya revolusi diperingkat dunia/global
seperti peperangan, revolusi perindustrian/ekonomi, revolusi sosial dan perubahan
iklim dunia dalam sesuatu jangka masa. Para pengkaji mentafsirkan bahawa
terdapat tujuh kategori/jurang generasi berikut:
a. Generasi
yang Hilang/Lost
Generation. Golongan ini dikenali sebagai Generasi 1914 di
Eropah bagi menggambarkan orang-orang yang berperang di Perang Dunia Pertama
(Rujuk A).
b. Generasi
Unggul/The
Greatest Generation. Golongan ini termasuk golongan veteran yang
berjuang dalam Perang Dunia Ke-2. Mereka lahir dari sekitar tahun 1901 hingga tahun 1924 (Rujuk A).
c. Generasi
Senyap/The
Silents Generation. Golongan ini dilahirkan sekitar tahun 1925 sehingga 1945
yang terlalu muda untuk berkhidmat semasa Perang Dunia Ke-2. Ramai di antara
mereka mempunyai bapa yang berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama. Secara
umumnya, golongan mengalami zaman The
Great Depression yang memberi kesan secara langsung terhadap pembentukan
diri mereka (Rujuk A).
d. The Baby Boom Generation. Golongan yang dilahirkan selepas Perang Dunia Ke-2 iaitu di antara tahun 1946 hingga 1964. Baby Boomers dikatakan mempunyai asas kepercayaan bahawa kejayaan adalah berasaskan kesungguhan dan kecemerlangan. Mereka terkenal kuat bekerja, sikap patuh, melakukan yang terbaik untuk ketua dan oraganisasi. Kumpulan ini masih dipengaruhi oleh amalan pengurusan generasi sebelumnya yang banyak memberi tumpuan kepada aspek kesetiaan dan kepatuhan terhadap pengurusan dan perhubungan yang berstruktur (Rujuk B).
e. Generation X. Golongan yang dilahirkan antara tahun 1965 hingga 1976. Secara umumnya golongan ini dikatakan cenderung inginkan kebebasan mengikut cara mereka, mahukan kepercayaan dari pihak atasan dan melihat kepada imbuhan atas apa yang mereka lakukan (Rujuk B).
f. Generation Y. Lahir pertengahan
1970 hingga 2000 juga dikenali sebagai generasi millennial. Ciri-ciri
generasi ini berbeza mengikut keadaan sosial dan ekonomi setempat. Walau
bagaimanapun generasi ini mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu perkara
dengan cepat terutama dalam berkomunikasi, media dan teknologi digital (Rujuk
A).
g. Generation Z. Golongan yang dilahirkan awal tahun 1990-an yang dikenali sebagai `Generasi Internet` kerana mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan berkemahiran dalam penggunaan komunikasi dan teknologi media seperti World Wide Web, mesej segera, mesej teks, pemain MP3, telefon bimbit dan YouTube. Tiada lagi terhad kepada komputer rumah, internet kini boleh dibawa bersama terutama penggunaan Internet mudah alih seperti telefon bimbit.
Kini
TD dianggotai tiga generasi utama iaitu The Baby Boom Generation (Lt Kol [Fleksi] hingga
Jen), Generasi
X (Mej dan Lt Kol) dan Generasi Y (Lt dan
Kapt), sementara Generasi Z pula dijangka menyertai TD sekitar tahun 2020. Berdasarkan pemerhatian usia, pemerintah dan Staf Kanan di MK
Formasi (Kementah, MKTD, Div dan Bgd) terdiri dari generasi Baby Boomers sementara pemerintah
peringkat pasukan/Bn terdiri dari generasi X. Manakala Pegawai Muda (segelintir
Mej) dan LLP (SSjn dan ke bawah) adalah Generasi Y. Secara langsung ia
mengambarkan 3 jurang perbezaan ekspektasi/jangkaan (Rujuk C).
Generasi Baby Boomers dikatakan bersifat tradisonal dan mempunyai
semangat juang yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh
pucuk pimpinan. Ketelitian, kesungguhan serta kematangan dalam melaksanakan
tugas menjadi kunci kejayaan terhadap tugasan yang diberikan. Namun begitu,
golongan X dan Y beranggapan bahawa generasi ini dikatakan agak perlahan dan
lemah di dalam aspek penggunaan teknologi yang semakin pesat membangun.
Generasi X dikatakan mempunyai pengetahuan
yang tinggi, celik teknologi dan agak bersifat independent terhadap tugasan yang diberikan. Golongan ini dikatakan
lebih suka kepada suasana kerja yang fleksibel, seorang yang kreatif dan inovatif
tetapi dengan cara tersendiri. Secara teoritikalnya, golongan ini dimotivasikan
dengan cara penawaran terhadap peningkatan kerjaya, peningkatan peluang
memperbaiki kerjaya serta pengiktirafan secara peribadi.
Generasi Y dikenali sebagai tenacious go-getters dengan semangat I can do anything dan sangat sukakan persekitaran yang mencabar.
Golongan ini, sangat sukakan pencapaian tinggi, mahir dalam penggunaan
teknologi, berorientasikan pasukan dan sukakan suasana yang seronok dalam
bekerja serta tidak mementingkan imbuhan semata-mata. Namun begitu, golongan
ini sangat tidak responsif dengan taktik motivasi do-this-or-else dan adakalanya dilihat bersikap biadap terhadap
ketua apabila tidak setuju dalam sesuatu perkara. Golongan ini juga kurang
memberi respon kepada arahan berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya
kawalan keterlaluan dari pengurusan. Mereka dilahirkan dalam persekitaran yang
banyak mempersoalkan kenapa itu dan ini berlaku.
Pengurusan
Generasi Y memerlukan penjelasan yang
terperinci mengenai sesuatu yang mereka patut lakukan, mengiktiraf setiap tugas
yang dilakukan, puji secara terbuka dan jadikan mereka seorang bintang dalam
organisasi, kerap memberi maklum balas dan jadikan tempat kerja suatu tempat
yang menyeronokkan.
Justeru bagi mewujudkan kefahaman mengenai situasi jurang
generasi warga TD memberi implikasi berikut:
a. Kepemimpinan
dan Konsep Pengiktirafan. Sama ada generasi Baby
Boom, X dan Y ataupun Generasi Z yang akan menyertai TD sekitar tahun 2020,
kesemuanya mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Kebijaksanaan
kepemimpinan mengurus (terutamanya sistem pengiktirafan) adalah penentu baik
buruknya mereka.
b. Pengorbanan
Kendiri. Kefahaman mengenai jurang Generasi ini membawa kepada sikap
bertimbang rasa dan kesediaan untuk bekorban sistem kepercayaan diri, sikap dan
nilai diri. Sebaliknya ia akan menjelaskan bahawa misi atau objektif organisasi
adalah paksi yang menyatu warga TD tanpa jurang generasi
c. Silang
Budaya. Pada umumnya, penjenamaan dan profil jurang Generasi ini
memberi suatu kefahaman dan implikasinya terhadap sistem
pemerintahan/pengurusan sumber manusia. Sungguhpun demikian konsep jurang
Generasi ini bersandarkan pandangan/kajian-kajian di barat yang memerlukan
penyelarasan silang-budaya dan faktor setempat. Sebagai organisasi ketenteraan
aspek latihan, dan budaya tentera serta pengalaman semasa dan selepas darurat
juga merupakan pembolehubah (variables) yang merapat atau merenggang jurang
Generasi warga TD.
Oleh, Sel Psikologi & Kaunseling.
Wallpaper kena cerah sikit baru nampak😅
BalasPadamwallpaper gelap huruf pun hitam memang nampak adu
BalasPadam